Progress Kerja - Menyiapkan "rumah" 9M4RTR

MTL - suka mengelak bila nak ambil gambar dia...hihi

CCI - Sedang baca mentera untuk pastikan besi tidak berkarat!




NLY - ye ke tidak ni bapak SU kita.....nampak macam tak kena je cat kt besi tu!

WHV - khusyuk sampai tak berhenti minum! hehe

SRD - dia ni kalau bab panjat memanjat nombor wahid!!!!
Bertempat di perkarangan rumah 9W2MTL, ahli-ahli kelab yang berkelapangan telah datang untuk sama-sama melakukan kerja-kerja mengecat kerangka "Rumah" 9M4RTR. Walaupun kerja yang tinggal cuma sedikit dan tidak mengambil masa yang lama, namun atas dasar semangat gotong royong dan keinginan untuk melakukan semua kerja secara sepakat, kehadiran rakan-rakan adalah melebihi jangkaan kerja. Terima kasih atas kerjasama dan semangat jitu anda terhadap kelab. SEPAKAT MEMBAWA BERKAT!







TM Fiesta Candat Sotong 2010







Sempena fiesta candat sotong yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Terengganu, TRAC telah dilantik untuk mengendalikan sistem komunikasi yg menjadi salah satu daripada agenda penting bilamana penganjuran program sebegini besar diadakan. Sejauh mana kejayaan yang bakal diraih bergantung kepada kerjasama semua peringkat yang menyertai "Fiesta" ini. Sirkit bermula dengan acara perasmian di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Terengganu diikuti sirkit peringkat daerah di Marang, Kuala Besut dan Kuala Terengganu. Sirkit terakhir yang sepatutnya diadakan di Dungun tidak dapat diadakan atas masalah teknikal. Secara keseluruhannya, semua sirkit sepertimana dirancang telah berjalan dengan jayanya dan ini secara tidak langsung memberi impak yang positif kepada pengendali majlis dan kerajaan Negeri Terengganu. Seluruh warga TRAC mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pengendali majlis dan rakan-rakan radio yang turut memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi.

keputusan rae 16/12/2010...klik untuk ketahui keputusan anda



Tahniah kepada yang berjaya dan pada yg gagal....jangan ada yang cuba untuk melakukan sesuatu yg di luar batasan sebagai manusia yang berakal......hehe....cuba lagi!!! Dunia bukan berakhir di sini!!!!

Selamat menduduki peperiksaan.......

Kepada semua rakan-rakan radio khususnya warga TRAC yang bakal menduduki peperiksaan pada 16 Disember ini, kami ingin mengucapkan selamat "berjuang" dan selamat berjaya. Semoga Allah permudahkan segalanya pada anda semua!!!

AA untuk Repeater - 9M4RTR

Sekali lagi kami warga TRAC mengucapkan ribuan terima kasih kepada MCMC kerana telah meluluskan permohonan AA untuk repeater yang dikenali sebagai 9M4RTR dan akan dipasang sedikit masa lagi setelah semua persiapan selesai. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dan kepada semua khususnya warga TRAC, hargailah apa yang diusahakan selama ini sebaik mungkin. Jangan sia-siakan usaha kita selama ini.

Club House Callsign - 9M4CTT




Terima kasih yang tidak terhingga kepada MCMC samada pejabat kawasan timur maupun Putra Jaya yang telah meluluskan permohonan "Club House Callsign" untuk TRAC yang telah pun diterima pada tanggal 30 November yang lalu dengan panggilan 9M4CTT. Seluruh warga TRAC juga juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah bersusah payah untuk memohon "Club House Callsign" ini. Sama-samalah kita gunakan sebaik mungkin tanpa melanggar tata etika yang telah ditetapkan oleh MCMC.


Aktiviti TRAC

Pada 29 Oktober hingga 1 November yang lalu, TRAC telah turut sama menjayakan Kempori Diraja Pengakap Terengganu yang bertempat di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu. Pemangku Raja, KDYMM Tuanku Mohamad Ismail telah turut serta buat julung kalinya mengikuti perkhemahan tersebut yang diisi dengan pelbagai aktiviti. KDYMM Tuanku juga turut melawat Booth pameran yang disediakan untuk TRAC. Pihak Kelab menjunjung kasih atas kesudian Tuanku mencemar Duli untuk mengunjungi dan mencuba peralatan komunikasi Radio Amatur yang disediakan pameran tersebut.