Selamat menduduki peperiksaan.......

Kepada semua rakan-rakan radio khususnya warga TRAC yang bakal menduduki peperiksaan pada 16 Disember ini, kami ingin mengucapkan selamat "berjuang" dan selamat berjaya. Semoga Allah permudahkan segalanya pada anda semua!!!

AA untuk Repeater - 9M4RTR

Sekali lagi kami warga TRAC mengucapkan ribuan terima kasih kepada MCMC kerana telah meluluskan permohonan AA untuk repeater yang dikenali sebagai 9M4RTR dan akan dipasang sedikit masa lagi setelah semua persiapan selesai. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dan kepada semua khususnya warga TRAC, hargailah apa yang diusahakan selama ini sebaik mungkin. Jangan sia-siakan usaha kita selama ini.

Club House Callsign - 9M4CTT




Terima kasih yang tidak terhingga kepada MCMC samada pejabat kawasan timur maupun Putra Jaya yang telah meluluskan permohonan "Club House Callsign" untuk TRAC yang telah pun diterima pada tanggal 30 November yang lalu dengan panggilan 9M4CTT. Seluruh warga TRAC juga juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah bersusah payah untuk memohon "Club House Callsign" ini. Sama-samalah kita gunakan sebaik mungkin tanpa melanggar tata etika yang telah ditetapkan oleh MCMC.


Aktiviti TRAC

Pada 29 Oktober hingga 1 November yang lalu, TRAC telah turut sama menjayakan Kempori Diraja Pengakap Terengganu yang bertempat di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu. Pemangku Raja, KDYMM Tuanku Mohamad Ismail telah turut serta buat julung kalinya mengikuti perkhemahan tersebut yang diisi dengan pelbagai aktiviti. KDYMM Tuanku juga turut melawat Booth pameran yang disediakan untuk TRAC. Pihak Kelab menjunjung kasih atas kesudian Tuanku mencemar Duli untuk mengunjungi dan mencuba peralatan komunikasi Radio Amatur yang disediakan pameran tersebut.








Peperiksaan "Morse Code 2/2009"

Klik untuk dapatkan maklumat dan borang....

Keputusan Peperiksaan RAE/2009/1

Syabas dan tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya, yang gagal usah kecewa....boleh mencuba lagi, semangat mesti kuat!!!!!

Keputusan Ujian Kod Morse siri 1/09

Kepada mana-mana rakan yang mengambil ujian kod morse siri 1/2009, keputusan telah dikeluarkan oleh MCMC.

Sepatah kata daripada Presiden Penaja......






Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera,



Terlebih dahulu suka untuk saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan mereka yang terlibat baik secara langsung ataupun tidak langsung dan telah sama-sama menghulur tenaga untuk menyumbang dan bekerja keras bagi menjayakan penubuhan sebuah kelab untuk kita sama-sama manfaatkan walaupun menempuhi pelbagai dugaan suka dan duka. Sesungguhnya kepercayaan yang diberikan oleh semua rakan kepada saya untuk memimpin kelab ini amat saya hargai. Saya juga berharap perjalanan kelab ini akan lebih lancar dengan kehadiran rakan-rakan lama dan baru di dalam dunia radio amatur. Ingin saya peringatkan, penyertaan kita dalam radio amatur adalah untuk mencari kawan bukan lawan dan gunakan saluran yang ada sebaik mungkin tanpa prejudis.
Kepada rakan-rakan radio daripada luar, anda dialu-alukan untuk bersama-sama kami menceriakan dunia radio amatur. Akhir kata daripada saya, tiada siapa di dalam dunia radio amatur ini yang dilahirkan terus mempunyai kebolehan atau kepandaian.........semuanya bermula daripada "O"......hanyalah kerajinan untuk belajar dan terus belajar yang membawa kita lebih maju. Sekian, salam dari saya......9W2JED.