Peperiksaan RAE Siri 1-2011
Borang peperiksaan RAE siri 1-2011 telah dibuka untuk dimuaturun. Kepada semua ahli yang masih belum memiliki sijil 9w2....anda boleh muaturun borang untuk peperiksaan tersebut yang akan tutup pada 29 april ini. Sekiranya anda bermasalah untuk mendapatkan borang, sila hubungi AJK untuk tindakan lanjut.
Pertandingan Memancing - Piala Datuk Bandar -Pra Persediaan


Sekali lagi TRAC diberi kepercayaan untuk menguruskan sistem komunikasi untuk satu pertandingan yang dikirakan besar di peringkat Negeri Terengganu iaitu pertandingan memancing piala Datuk Bandar bertempat di Pantai Batu Buruk pada 31 Julai 2010. Memandangkan pertandingan ini bukanlah calang-calang pertandingan kerana ianya akan disertai oleh kaki pancing dari seluruh pelusuk tanahair, rakan-rakan TRAC telah membuat persediaan awal untuk mempastikan sistem komunikasi antara Marshall pertandingan tidak terganggu. Sama-sama kita doakan agar semua perancangan yang dibuat akan berjalan dengan lancar tanpa masalah yang tidak diingini.....amin!!!
Menjejaki Bukit Tinggi-9M4RTR-2






Atas semangat sepakat membawa berkat, walaupun dalam keadaan hujan yang renyai-renyai kami berusaha untuk menjejaki Bukit Tinggi iaitu lokasi pemasangan rumah repeater kelab pada tanggal 30 Julai 2010. Alhamdulillah, setelah mengharungi jalan yang penuh liku dan basah serta dusun buah2an di pinggiran jalan sepanjang menaiki bukit tersebut, akhir nya kami semua berjaya menjejaki puncak bukit yang penuh berkabus. Kerja-kerja pemasangan rumah repeater berjalan lancar walaupun hujan kadangkala lebat dan kabus kadangkala menyukarkan dan menjejaskan pandangan namun kerana semangat jitu yang dibawa oleh rakan-rakan, semuanya mampu diatasi begitu mudah. Mewakili kelab, sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan terima kasih kerana melapangkan masa untuk aktiviti kelab. Kepada rakan-rakan yang tidak berkesempatan menjejaki Bukit Tinggi bersama-sama kami pagi ini, jangan kecewa kerana masih banyak yang perlu kita lakukan sebelum kita mampu memancar dengan lebih sempurna.
Menjejaki Bukit Tinggi.....9M4RTR-1




Terima kasih kepada rakan2 yg bersusah payah menyiapkan tapak untuk pemasangan rumah repeater kelab yang dijangka akan dibuat pada jumaat ini. Proses untuk menyiapkan rumah repeater berjalan dengan lancar dan sama-samalah kita berdoa semoga usaha yang kita semua buat ini dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Kepada rakan-rakan yang berminat untuk turut serta menjejaki Bukit Tinggi iaitu lokasi untuk pemasangan repeater milik kelab pada Jumaat ini(30 Julai), anda boleh menghubungi setiausaha kelab - NLY untuk maklumat lanjut.
Progress Kerja - Menyiapkan "rumah" 9M4RTR

CCI - Sedang baca mentera untuk pastikan besi tidak berkarat!



Bertempat di perkarangan rumah 9W2MTL, ahli-ahli kelab yang berkelapangan telah datang untuk sama-sama melakukan kerja-kerja mengecat kerangka "Rumah" 9M4RTR. Walaupun kerja yang tinggal cuma sedikit dan tidak mengambil masa yang lama, namun atas dasar semangat gotong royong dan keinginan untuk melakukan semua kerja secara sepakat, kehadiran rakan-rakan adalah melebihi jangkaan kerja. Terima kasih atas kerjasama dan semangat jitu anda terhadap kelab. SEPAKAT MEMBAWA BERKAT!
TM Fiesta Candat Sotong 2010





keputusan rae 16/12/2010...klik untuk ketahui keputusan anda
Subscribe to:
Posts (Atom)